
Eh, binatang apakah disebelah Usagi itu ?
Tikuskah atau kambingkah ? Mari kita lihat …
( maaf jika bahasa ini mengganggu anda )

Rupanya arnab lagi daa…
Baik, merujuk tajuk di atas, kucingku 4 ekor telah ‘pergi’ dan kali ni kami membawa masuk seekor lagi arnab. Walaupun jenis lain dari Usagi ( nama arnab putih tu ), tapi tetap comel !
Biodata time !
Nama gelaran : Junior
Umur : 2 bulan
Tempat Lahir : Taman Arnab, Shah Alam
Makanan kegemaran : Lobak merah, rumput, kotak, selotep, apa sahaja yang sedap
Best friend : Usagi
Pekerjaan : Part time runner, professional .
Hobi : Berlari ke sana ke mari. Tido beralaskan perut Usagi. Makan. Melompat-lompat.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai arnab Junior ni. Beliau memang agak kecik dari Usagi mungkin sebab umur dia takpun sebab dia ni memang kecik. Tapi Junior memang suka berlari-lari. Laju pulak tu. Kalau Usagi, jangan harap! Tido je kerja dia. Bukti :

maaf gambar tidak begitu jelas. Yang putih putih tu la Usagi tengah tido.
Menurut wikipedia, sejenis ensiklopedia percuma, Junior ni jenis Chinchilla rabbit. Saya main agak saja. Gambar tu macam sama dengan Junior je. Tapi takde pulak dekat wikipedia tu tulis arnab jenis ni suka lompat lompat. Terlebih gula kot Junior ni…



Nak tunjuk macam mana rupa Junior dari pandangan atas, tapi takde gambar pulak. Lebih kurang gini la ghupe Junior dari atas ye..
Masa tengah kasi arnab2 ni makan, Cass dengan OK mesti nak sibuk sibuk jugak. Bukti !

Wahai Cass, jangan lihat dirimu sebagai seekor arnab…

tak mo ler…
Har har har.. begitulah ceritanya.. Sungguh bosan ^_^
p/s : Cass sedang sakit. Baru balik klinik. Dah satu minggu kena tahan dekat klinik. Sian dia. wuuu T.T