4 out 1 in


 

Eh, binatang apakah disebelah Usagi itu ?

 

Tikuskah atau kambingkah ? Mari kita lihat …

 

( maaf jika bahasa ini mengganggu anda )

 

 

 

 

Rupanya arnab lagi daa…

 

Baik, merujuk tajuk di atas, kucingku 4 ekor telah ‘pergi’ dan kali ni kami membawa masuk seekor lagi arnab. Walaupun jenis lain dari Usagi ( nama arnab putih tu ), tapi tetap comel !

 

Biodata time !

 

Nama gelaran : Junior

Umur : 2 bulan

Tempat Lahir : Taman Arnab, Shah Alam

Makanan kegemaran : Lobak merah, rumput, kotak, selotep, apa sahaja yang sedap

Best friend : Usagi

Pekerjaan : Part time runner, professional .

Hobi : Berlari ke  sana ke mari. Tido beralaskan perut Usagi. Makan. Melompat-lompat.

 

 

Begitulah sedikit sebanyak mengenai arnab Junior ni.  Beliau memang agak kecik dari Usagi mungkin sebab umur dia takpun sebab dia ni memang kecik. Tapi Junior memang suka berlari-lari. Laju pulak tu. Kalau Usagi, jangan harap! Tido je kerja dia. Bukti :

 

maaf gambar tidak begitu jelas. Yang putih putih tu la Usagi tengah tido.

 

Menurut wikipedia, sejenis ensiklopedia percuma, Junior ni jenis Chinchilla rabbit. Saya main agak saja. Gambar tu macam sama dengan Junior je. Tapi takde pulak dekat wikipedia tu tulis arnab jenis ni suka lompat lompat. Terlebih gula kot Junior ni…

 

 

 

Nak tunjuk macam mana rupa Junior dari pandangan atas, tapi takde gambar pulak. Lebih kurang gini la ghupe Junior dari atas ye..

 

Masa tengah kasi arnab2 ni makan, Cass dengan OK mesti nak sibuk sibuk jugak. Bukti !

 

Wahai Cass, jangan lihat dirimu sebagai seekor arnab…

 

 

tak mo ler…

 

Har har har.. begitulah ceritanya.. Sungguh bosan ^_^

 

 

p/s : Cass sedang sakit. Baru balik klinik. Dah satu minggu kena tahan dekat klinik. Sian dia. wuuu T.T

 

Kucing Pink Panther

Gambar2 dekat bawah ni menunjukkan seekor kucing yang di warnakan pink di seluruh badan kecuali mukanya. Kesian betul dekat kucing ni.

Katanya, kucing ni diwarnakan pink dan dibuang ke sebuah taman rumah orang lain. Ada pulak seorang lelaki mabuk nampak, dia pun cerita la dekat bini dia. Dah mabuk, siape nak percaya.

Kucing ni dijaga oleh sebuah veterinary kat Marlborough lepas tu. Tapi, lepas tu ada la  seorang perempuan mengaku tu kucing dia. Dia gune food colouring untuk warnakan kucing dia dan yakin tak merbahaya. fuh. Kalau dia kasi toksik kat kucing ni, memang nak kena !

Jom tengok kucing pink !


Oh ya, nama dia Pink Panther!

Ni la tuan dia. Namanya Natasha Gregory. Dia dye kucing dia sebab nak matchkan dengan rambut dia tu. Kalau boleh dia nak buat lagi sekali lagi sebab dia cakap dia suka. Apa la nak jadi..

Pink kan? =P

Lepas ni nak try dekat Cass pulak la. Nak kaler hijau ! haha

Salam,

credit : BBC