Meng’kasi’ / Memandulkan / Spaying / Neutering / Castration Kucing

Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada semua. Okeh, hari ni nak cerita pasal megkasikan kucing. Bukan nak kasi kucing dekat orang tapi memandulkan kucing. Inilah sebabnya tuan klinik haritu salah paham.  Bukan nak kasi kucing kat die. har har har

 

Hari Isnin lepas ( 21 Februari 2011 ) OK dan Cass telah dibawa ke sebuah klinik di Puchong untuk di’Spay’ kan. Spaying ni menyebabkan kucing ni tak dapat bunting lagi atau lepas ni dah tak ada generasi untuk dia. Kesiannya T.T

 

Selain tu jugak, proses ni akan menyebabkan kucing jantan tak kencing kat dinding lagi dah. InsyaAllah tak kencing merata lagi dah. Ade jugak orang kata yang Spaying ni akan membuatkan kucing jadi gemuk. Tah la. Tak reti nak bezakan sebab si Cass ni memang dah gemuk pon. haha

 

Jom tengok apa pandangan si Cass dan OK selepas pembedahan ini..

 

saya paham perasaan anda OK. Misai pon dah makin panjang dan meng’curl’kan diri. haha

 

Perut OK yang siap dibedah dan dijahit. Ouch. Sakitnya .. Bulu takde, kulit berlipa lipat ..

 

Ape pula pandangan Cass Gemok ?

Mari lihat.

Cass berubah dari seekor kucing yang manja dan lembut kepada semakin sopan dan semakin ‘lembut’.

 

*Maaf. Gambar pembedahan Cass tiada kerana tempatnya terlalu ‘strategik’. Sila bayangkan sahaja*

 

Kami bawa si Cass dan OK ni ke klinik hari Isnin. Cass dah boleh bawak balik hari Selasa petang tu. Mula-mula balik tu, dia pening sangat sangat. Doktor tak kasi dia makan lagi sebab takut dia muntah. Bila dia keluar dari sangkar, jalan macam kucing mabuk minum todi. haha. catwalk habis ! Last last, bawak masuk dalam sangkar dia balik. Takut tergolek tengah jalan, kang tak pasal pasal jadi karpet yang macam dekat Ikea harga RM 200 tu. haha

 

Tak tau ape Doktor tu buat, sampai hitam ‘punggung’ Cass. Macam kena bakar je. Kesian tau. Bulu  yang lebat macam semak samun tu pun Doktor tu cukur sampai botak macam padang pasir. Doktor tu mesti pakai ubat cukur yang macam ni :

 

gerenti licin sampai botak

 

Ok tak nampak sangat perubahan dia. Masih gatal seperti biasa. Sekarang ni pun tengah panggil Abang Eksotik tu. Miaw miaw miaw..

Kesian Cass, kepondan‘hensem’an nya tidak dilayan…

 

 

Kami pergi dekat klinik swasta je sebab kalau dekat klinik kerajaan harga dia lebih kurang je lepas tu lambat pulak. Dekat klinik yang kitorang pergi tu dia charge RM 100 untuk kucing jantan dan RM 150 untuk kucing betina.

 

Kepada sesiapa yang suka sangat nak bela kucing, tapi tak suka kalau kucing tu kencing merata-rata atau tak nak dia beranak pinak sampai 100 ekor dalam setahun tu, eloklah pergi kasikan kucing tu. Lagipun boleh elakkan dari kita pergi buang kucing tu. Kesian kat dia ( tiba tiba teringat dekat Abang Oren ).

 

Selamat Tinggal Emon, Sam dan Dean ~

Selamat petang kepada semua yang membaca blog ni hari ni. Satu lagi post tentang goodbye goodbye dengan kucing hari ni.

Maaf lah sebab jarang bebenau nak update post kat SiComel ni. ‘Sibuk’ sangat nak ‘belajar’ tiap tiap hari. huhu~

Sebelum dah ade cerita pasal anak-anak OK, mati kena ‘bunuh’ dengan seekor kucing jantan; kitorang panggil kucing jantan tu kucing eksotik. Sebab corak dia pelik sangat. Sekarang ni pun dia berani lagi nak ngorat OK. Tapi time nak ambik gambar dia lari pulak. Perasan paparazi la tu.. Kalau sempat nak ambil gambar kucing eksotik tu, nanti saya post kat sini.

Tapi, corak dia lebih kurang macam ni la kecuali Abang Eksotik ni kaler coklat sikit :

Saya bakal mengambil alih tempat Abang Oren ! Sayalah Abang Eksotik ! har har har

Anak anak OK ni mati sebab si Abang Eksotik masuk dalam rumah masa kitorang semua balik kampung. Semua start sebab si OK ni ngada ngada nak keluar mase kitorang dah nak berangkat balik kampung. Sungguh gedik budak OK ni.

So, kitorang pun bukak la tingkap sikit nak kasi si OK ni masuk jumpa anak anak dia. Sekali dia bawak jantan balik daa. Amboi, mentang mentang tuan takde kat rumah, terus berparti ya. Si Abang Eksotik ni pun satu, ganas sangat. Kalau si Cass ni boleh siap jilat jilat lagi anak OK tu  walaupun beliau n kucing Jantan; maklumlah, si Cass ni tidak mendapat pendedahan yang tepat bagaimana seekor kucing jantan sepatutnya berperangai.

Gambar gambar kat bawah ni lah Crime Scene nya. Gambar paws tu menandakan tempat diorang ditemui.

Ni tempat Sam ditemui. Kakak saya cakap badan dia paling teruk berdarah. uhuk uhuk =(

Kat sini pulak tempat Emon. Masa kakak saya jumpa tu, keyboard yang ada dekat atas tangga tu terjatuh sebelah Emon. Tapi tak tau la kena hempap ke tak ..

Kat sini pulak tempat Dean.

Masa tu saya ada dekat kampung lagi, kakak dengan abang balik rumah dulu. So, saya pun tak tau la macam mana rupa anak2 OK ni time tu.

Macam mana kitorang tau yang Abang Eksotik ni culprit dia ? Sebab masa kakak saya balik rumah, Abang Eksotik ni ada lagi dalam rumah. Bila nampak je tuan rumah dah balik, lintang pukang dia lari. Sampai tingkap pun dia panjat. Last last, die keluar ikut pintu.

Ingatkan dah tak berani nak datang sini, tapi tiap2 hari dating dengan OK. Si OK ni pulak dok layan je. Dah tak ingat kat anak dia kot. Mula mula tu die cari la jugak anak dia tapi lama2 dah macam tak pernah beranak langsung! Bagai kacang lupakan kulit. haha

Walaubagaimanapun, si Cass gemok masih ada. Jangan si Cass yang lari sudah la..

Gambar terakhir Sam. Emon dengan Dean tak sempat nak ambik gambar.

So, macam tu la kisah hidup si Emon, Sam dan Dean ni. Umur dia tepat tepat sebulan.

1 . 1 . 2011 -> 1 . 2 . 2011

Bye bye..

p/s : Hari Ahad lepas, kitorang pegi makan dekat restoran Arab di KL. Maut maut ape tah nama dia. Pastu ade orang tv3 tengah shooting untuk Majalah 3. Muka kami semua MUNGKIN ada. hhuhu.. Tapi rasenya takde. Kalau ade pun mesti kene censored dengan bende yang petak petak tu. haha. Buktinya ,

Sorry gambar terlebih terang, Abang cameraman tu punya lampu macam nak kasi buta je. Tau la muka ni gelap.

Walaupun OK ni dah ada boypren, tapi tetap sayang dekat Cass.

Peluk la saya yang gemok! ^_^

pp/ss : Tadi pergi kat pasar tempat Abang Oren dibuang. Kononnya nak melawat Abang Oren, tapi tak jumpa. Tengah bersuka ria makan ikan agaknya..


Selamat Tinggal Cikusabi ~

Selamat tengahari! Semua dah lunch? Kalau belum, pegi la makan. huhu~

Back to the topic, mungkin nama Cikusabi ni belum ada dalam blog ni. Sekarang, mari berkenalan dengan Cikusabi ni.

Cikusabi ni seekor kucing berwarna oren yang tiba tiba datang kat rumah kitorang 2 tahun lepas masa Hari Raya Haji. Masa tu dia bising sangat, jadi kitorang pun cari la dekat mana bunyi ni datang. Pastu, terjumpa la anak kucing ke’oren’an dalam longkang rumah sebelah. Time tu rumah jiran kosong lagi. Boleh la masuk.

Jumpa Cikusabi time malam dan penglihatan kurang jelas. Siap bawak torchlight lagi. Malap pulak tu. Si Cikusabi ni pulak tak membantu langsung, lari sane, lari sini. Pening betul. Tapi last last dapat tangkap jugak.

Bawak balik rumah. Tengok2 sikit, nampak comel, mata bulat dan hitam penuh. Mula2 ingat dia ni alien. haha.

Tapi sejak Cikusabi ni dah membesar, dia suka kencing merata, buat bising macam ibu yang hilang anak, dan suka ganggu si Cass & OK. Tah ape punya contoh la Abang Oren ni. Dan beliau jugak suka menggigit dan mencakar tuan dia tanpa sebab, ianya sungguh menyakitkan badan dan hati. Oleh sebab itu, beliau didenda tidak boleh masuk ke dalam rumah. Lebih kurang setahun dah Abang Oren ni duduk kat luar rumah. Makan pun dekat luar. Tiada maaf bagimu Abang Oren. haha

Jadi, kami semua buat keputusan untuk ‘menyingkirkan’ Abang Oren ni. Pada 10 Februari 2011 jam 10 malam, kitorang bawa Cikusabi ke sebuah pasar yang dirahsiakan. Tinggal la Abang Oren di situ.

Inilah dia Abang Oren yang dimaksudkan,

Comel tak comel tak ? Walaupun anda comel, perangai anda TIDAK ! =P


Kitorang dah rancang nak ‘buang’ Cikusabi ni tapi belum sempat nak pergi hantar dia. Mula mula tu kesian jugak dekat Abang Oren ni. Badan kecik, tapi time melahap, dialah juara diantara kucing kucing. High maintenance Abang Oren ni.

Saya tak ikut masa diorang hantar Abang Oren ni, sebab nak siapkan barang2 nak gi sekolah. Akak saya cakap, sedih lah tengok Cikusabi ni kena tinggal kat sane. Ye lah, dah dua tahun kami jaga dia. Takkan tak rasa sedih pulak.

Mungkin ni dah takdir Abang Oren,  kami dah tak tahan dengan perangai dia. Dua kali dia kene buang. First time dengan mak dia, kali kedua, dengan kitorang pulak. Nasib la kau Abang Oren. Tah tah Abang Oren ni tengah bersuka ria makan ikan kat sane. Jangan dia kencing dekat meja2 orang yang jual ikan dekat sana tu sudah lah. Habis hancing ikan ikan tu semua nanti..

Gambar terakhir Abang Oren dengan kami,

Beliau memang suka diperlakukan begini. Gatal badan katanya..


Selamat tinggal Abang Oren. Kaler pun dah sama macam lantai..

Gambar terakhir yang tiada kaitan mesti ada !

Wahai OK, engkau tetap dihatiku. hehe

Tamat.

أرنب

Sebelum saya nak start entry ni, ada satu berita yang agak sedih berlaku. 3 hari lepas, Emon, Sam dan Dean mati ‘dibunuh’ oleh seekor kucing jantan yang entah mane datang. Cerita lanjut dalam post akan datang =)

Sekarang ni nak cerita  pasal seekor haiwan baru dalam rumah ni! Nama start dari huruf A. Teka teka !

Anjing? Mana boleh bela anjing. Najis.

Angsa? Tak pernah terpikir pun nak bela angsa.

Anak Itik? Ini bukan huruf A ya, harap maklum.

Ok ok, Semua salah. Jawapan yang betul ialah

….

ARNAB ! Ataupun Tokki dalam Korea ( maaf ya, demam korea menjelma kembali )

Jom tengok arnab yang masih fresh  ~~

Nama : Arnab,  Rabbit, Tokki, أرنب

Makanan Feveret : Lobak merah, tomato, rumput, semua jenis sayur ditelannya. Tapi petai tak pernah try lagi.

Harap maaf, gambar di atas kurang menyenangkan. Yang bulat2 tu bahan buangan arnab tu ya.

Telinga saya panjang dan sangat lembut ! =P

Bulu Arnab ni sangat lembut bak kapas.

Lobak merah makanan feveretku! Nak lagi, nak lagi!

Omnomnom..

Arnab ni datang dari Besut. Pak cik yang ternak. Ada seekor arnab tu tersangat lah besar, dah macam kanggaroo. Ok, tipu je. Tapi memang besar. Kecomelan arnab ni mengalahkan si Cass tau.

Tapi kalau bab membuang air, arnab ni memang terer. Dalam diam, tiba tiba ade air kuning kat atas lantai. Tak ada signal langsung. Kalau kucing ade la jugak menggali gali tanah tapi arnab ni straight to the point ok. Kalau tahi dia lagi la banyak ( Sila rujuk gambar pertama ). Kalau buang air besar pun sama je. Tiba2 dah penuh lantai tu.

Walaupun dia buang air besar banyak, tapi tak busuk pun. Pelik jugak, sebab semua orang kata tahi dia busuk. Tapi, tak pun ? Mungkin jenis lain kot.

Hidung Arnab ni selalu macam menghidu hidu sesuatu. Comel sangat ! Telinga dia pun sangat lembut. Bulu dia pulak sangat tebal! Badan dia kecik je sebenarnya. Kalau tak silap, pak cik saya kata ni arnab jenis cotton. Dah macam jenis kain la pulak arnab ni..

Ni first time bela arnab, selama ni asyik bela kucing dengan hamster je. Tapi yang paling banyak, kucing la. Harap harap arnab ni dapat hidup lama la sebab kitorang semua tak ada experience jaga arnab.

Pak cik saya cakap, arnab ni orang buat sate. Aduh, terasa macam kejam pulak diorang yang makan arnab ni. Secomel comel arnab ni, boleh diorang buat sate? Macam makan Cass je. Tak sanggup ! >.<!

Mataku merah bak lobak merah~~ =P ( sengal )

Sempena Tahun Arnab, marilah kita membela seekor arnab. Ok? =D

Happy Chinese New Year ~

p/s : saya rindu Emon, Sam and Dean :(

Selamat Malam

Kucing Tercomel Pernah Jumpa

Okeh, sekarang ni saya nak cerita pasal seekor kucing yang saaaaaaannnnngggggaaaaattt comel.

Ingat lagi dengan OK, kucingku yang hitam lagi gatal tu? Kalau tak ingat, boleh tengok gambarnya kat bawah ni.

okay, okay saya tau saya OK ! haha

Baik, sesi pengenalan dah tamat. Mari ke topik seterusnya. Kucing yang comel ni pun nama dia OK. Asal nama Ok ni sebab kucing yang comel ni la. Sebab kitorang nak OK ni jadi secomel OK yang ori. Tinggi sungguh angan-angan. haha.

Gambar pertama untuk korang semua. Perkenalkan OK ! =P

Aku lagi comel dari OK tiruan tu ! hahaha.

Harap maklum ya, saya tidak mencekik kucing ni. Gambar ni menunjukkan betapa kurusnya kucing ni. Bulu je tebal.

Saya jumpa kucing ni dekat Terengganu, dekat rumah pak cik saya. Time tu, tuan die pergi vacation kot so pak cik saya tolong la jaga sekejap. Kucing ni dibeli tau. Agak mahal, dalam RM 600 macam tu. Patut la comel. Kalau tak comel, membazir je. Bulu dia, sangat lembut dan best. Friendly pulak tu. Mata biru pastu suka sangat TIDUR ! haha.

Tengok je la gambar bawah ni :

Saya suka tidur !

Masa ni kecik lagi. Skarang ni, katanya dah besar dah. Dekat 5kg. Tak tau la besar mana sekarang ni. Tapi mesti lagi COMEL !

Harap harap anak-anak OK semua comel macam OK yang ori ni. hehe =D

Video ni tentang si Cass dengan OK yang tengah jilat masing-masing. Sangat lah comel. Biasanya tak macam ni. Asyik gaduh je. Tengah baik hati kot si OK ni.

Jom tengok ! =)

Cute cats

Comel tak kucing ni ? Comel kan comel kan ? ^_^

Nama dia Phantom. Macam Phantom of The Opera.  Tuan dia tak pasti lagi nak beri nama apa. Phantom ni nama sementara. Dia tengah cari nama yang sesuai untuk kucing dia. Suggest la nama yang sesuai untuk kucing ni.

Nama Phantom pun dah okay sebenarnya =)

klik untuk suggest nama kucing ni

Salam.