Book Review : Why Does My Cat Do That ?

Sila tengok gambar budak Cass ni dulu.. ^_^

 ( Pembuka cerita ) =P

Cass

 Beberapa bulan yang lepas, saya kakak saya ada beli satu buku tentang kucing. Tapi buku tu kurang menarik. Sebenarnya nak beli buku yang lain seumpamanya tapi disebabkan buku tu mahal sikit je, tak jadi beli. So, kami pun ambil lah buku yang murah sikit tu.

Dah beli dan try baca….

Sangat TAK menarik !

Rasa menyesal ambil buku yang murah tapi cerita tak best.

Minggu lepas tu, kakak saya dengan rasa tak puas hati pergi balik ke kedai buku tersebut dan dia beli jugak buku yang mahal sikit tu.

Nak tahu buku apa ? Sila scroll ke bawah …

why does my cat do that ?

Why Does My Cat Do That ? oleh Catherine Davidson .

Maaf Cass, kerana telah menggunakan belakang anda untuk letak buku >.< Nanti kita belanja makan tulang ikan…

why does my cat do that ?

why does my cat do that ?

Apa tengok tengok ? Kacau je…

 

Buku ini agak best dan menarik sebab kebanyakan ( hampir 80% ) soalan yang dikemukan terjadi dekat kucing-kucing saya sendiri. So, agak faham la apa yang dia ceritakan.

Dan yang paling best, soalan-soalan yang selama saya cari terjawab jugak !

Kepada sesiapa yang suka buku yang banyak gambar, boleh la beli buku ni sebab setiap page ada gambar kucing. Yang penting, comel !

Okay, nak bagi satu contoh soalan dalam buku ni, saya ambil keratan pendek je sebab kalau nak taip bukan main panjang lagi.

Why Does My Cat…

pull her food out of the bowl ?

Q …… soalan panjang lebar …..

A. …. Jawapan panjang lebar….

She’s just eating her food in the easiest, quickest way possible. Cat food often comes out of the can in a lump that is too big for her to manage. Pulling  food on the floor makes it easier for her to bite it into smaller chunks. Try cutting her food up before you give it to her; that may be all it takes to get her to eat from the bowl.

A cat’s whiskers are sophisticated motion-detectors, and cats dislike having them bent or squshed. …….

BM translated :

Kucing hanya makan makanannya dengan cara yang senang dan sepantas yang mungkin. Makanan kucing sering diberi dari tin makanan dalam bentuk yang agak besar untuk mereka makan. Dengan membawa makanan tersebut ke lantai, ia menjadikannya lebih mudah untuk dimakan dalam saiz yang lebih kecil. Cuba potong makanan kucing kepada saiz yang lebih kecil sebelum diberi kepada mereka; mungkin itulah yang perlu dibuat supaya kucing makan di dalam pinggan mereka.

Misai kucing merupakan pengesan pergerakan yang sangat bagus, dan kucing tidak menyukainya apabila misai mereka dibengkokkan atau dipenyekkan.

Contoh bergambar :

Dari pinggan….

Ke lantai…

Nampak tak betapa degilnya si Cass ni ? Bila kucing ni dah keluarkan makanan dia dari pinggan, habis bersepah lantai tu, penuh dengan tulang-tulang. Memang dah banyak kali terpijak tulang ikan atas lantai. Lagi dahsyat kalau kekucing ni bawak makanan dia sampai kat ruang tamu. Habis melekit lantai tu.

Jadi, lepas ni kena lah potong makanan kucing tu kalau tak nak kasi dia keluarkan dari pinggan. ( Malas la pulakkan … ) Makan biskut Whiskas je lah wahai Cass dan OK ya ? haha. Nasib lah dapat tuan pemalas =P

Harga buku ni takde lah mahal sangat. Mahal dalam RM 10 je dari buku yang dibeli first tu. Harga buku ni ialah RM 35.80. Tapi kalau jadi member kat Popular, tolak 10%. Jadi RM 32.20. Dekat kedai buku lain tak tahu la berapa ringgit.

Tapi kalau dah malas nak pergi kedai buku, boleh beli dekat eBay. Harga lebih kurang je termasuk shipping. Tapi tu semua kat luar negara tapi boleh hantar international.

Rating untuk buku ni ialah….

4.5 stars

 

 

 

 

 

Vaksinasi untuk Kucing

Wahh ! Lamanya blog ni tak diupdate. Biaselah penulisnya pemalas sikit. Time time exam ni jugak ada rasa nak update sikit. ^_^

Dua bulan lepas iaitu bulan Mac, Cass dengan OK kena vaksin. Sebab dua ekor kucing ni selalu sangat sakit lagi lagi si Cass Gemok tu. Kasi cucuk sama dia ! har har har !

Masa kucing kucing ni kena inject, saya tak ikut sebab baru balik sekolah dan tersangatlah malas. So, kasi bye bye dekat Ok dengan Cass pun dah cukup. Diorang tak kena tahan kat klinik pun. Lepas inject dah boleh balik. Tapi si Cass tu bukan boleh duduk diam dalam carrier. Meroyan dopolohpatjam. Tu pun nasib baik ada OK sekali. Kalau OK tak ada, tah segila mana Cass tu boleh jadi.

Cass dengan OK memang tak boleh pisah. Masa kecik kecik dulu, kitorang bawak OK dengan Cass datang sini dari Terengganu diorang kena duduk dalam sangkar dulu untuk beberapa hari / minggu nak kasi sesuai(macam biasa lah kan? ). Pastu kalau nak bawak OK je masuk rumah, Cass kat luar mesti bising bising macam takut. Serius macam kucing gila. Bila dapat duduk dengan OK baru dia senyap. Sayang sangat dekat OK =D

Baiklah, berbalik kepada vaksinasi kucing…

Kitorang bawak kekucing ( kata singkatan bagi kucing kucing ) ni kat klinik yang biasa merawat si Cass tu. Receptionist tu pon dah kenal muka sengal Cass. Doktor tu pun suka peluk2 cium2 Cass dengan penuh kasih sayang ( serius ).

Sesiapa yang tinggal dekat dengan kawasan Puchong, bolehlah pergi klinik ni. Khidmat diorang okay lah. Harga yang kena charge pun lebih kurang macam klinik klinik lain. Boleh diterima. Kat klinik ni pun ada hotel untuk kucing, sehari lebih kurang RM 10 – RM 20 semalam. Alamat dia ada kat dalam gambar bawah ni :

Sila bukak Google Map kalau tak tau tempat ni sebab saya pun tak reti nak explain. haha

Lepas kena cucuk, kekucing akan mendapat sebuah ? sijil atau certificate.

Maaf  sebab ada dua watermark. Tak tau pulak ada automatic watermark dipasang untuk blog ni ^_^

Tahniah diucapkan kepada OK dan Cass diatas kerjasama mereka untuk diberi suntikan yang diberi nama Feline Rhinotracheitis-Calici-Panleukopenia-Chlamydia. Pergh, bukan main lagi nama saintipiknya.

Sepatutnya kena pergi vaksin kekucing ni tiap tiap bulan. Yang bulan empat tak pergi pergi lagi. Tapi kekucing ni masih OK . hehe

Kalau tak silap sekali inject ni RM 35 – 45 macam tu la. Tak ingat pulak berapa ringgit.

Vaksin ni perlu untuk kucing ni sihat dan kasi dia imunisasi sikit. Macam baby pulak kekucing ni. Tapi si Cass dan OK ni lah kucing pertama yang dijaga agak rapi. High maintenance betul kekucing dua ekor ni, nasib baik comel ^_^

3 Posing tidur Cass & Ok

 

pose-tidor

Sila Menjamu Mata Anda ~

Salam kepada semua. Maaf sangat sangat sebab tak update blog ni agak lama dah. Dan diriku telah memungkiri janji; untuk mengupload ‘ photo of the day’ tetiap hari. hehe.

 

 

So, disebabkan sudah lama tiada update, silalah menjamu mata kalian dengan gambar yang agak banyak ini. Model model semua comel comel dan pandai posing belaka. huhu ~

 

Tukang Posing : OK, Cass, Usagi, Junior

Tukang Ambil Gambar : Madihah

Lokasi : Taman Rumah

 


Cass memang ‘senonoh’ bila dia tidur.

 

Sesi meragut rumput

 

Akhirnya dapat jugak ambil gambar muka Junior. Macam ni la rupa Junior yang digembar gemburkan. Sama tak macam yang diberi sebelum ini? hehe

 

“Bulu saya banyak !” kata Usagi

 

Cet punya Junior. Punggung pulak yang dia kasi.

 

“Saya Chinchilla bukan Junior ! ” – Junior si Arnab

 

Jom tengok si OK dan Cass berposing pulak !

 

 

Sungguh blend-in dengan pasu bunga

 

Takmo layan tukang ambil gambar

 

Cass dan OK ketika di tahun 90-an .

 

” Cass, ooo Cass. Ape kau buat tu?” – OK

“Biak pi laa. Sibok je hang ni” – Cass

 

OK sedang merajuk dengan Cass

 

“Hampeh punya Cass gemok, lari dengan Abang Eksotik kang baru tau” – OK

 

“OK, jangan lah merajuk. Tak OK betul la” – Cass

“Buek, Tak nak kawan Cass” -OK

 

“Di manakah engkau Abang Eksotik di saat ini? ” – OK

 

” Hampeh betul Cass ni, orang tengah merajuk boleh pulak dia rileks rileks kat belakang tu” – OK

 

” Waaa.. T.T ” – OK

 

” Hidupku tenang tanpa OK ” – Cass

 

” Eh, Abang Eksotik lah. ” – OK & Cass


” Oh tidak, aku mesti menyorok dalam daun-daun ni. Eeee, takotnye dengan Abang Eksotik ” – Cass

 

“Nak ter’poop’ la pulak time ni. Habis la kalau Abang Eksotik nampak. Malunyee” – OK

 

” Tanah ni tak sesuai la untuk ‘ poopin ‘ ” – OK’

 

” Abang Eksotik tak datang pon, sengal betul ” – OK

 

” Alangkah amannya dunia ni tanpa Abang Eksotik ” – Cass

 

 

Dialog adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meniggal dunia =)

 

Selamat Malam !

 

 

 

 

Photo of the day

Selamat petang ! ^_^

 

Mulai sekarang, kalau tiada entry untuk hari itu, hanya gambar-gambar yang akan dipostkan untuk entry harian. Kalau takde photo of the day, maknanya penulis kehabisan idea untuk mengepost. haha

 

Photo of the day untuk hari ni …

 

 

 

OK !!

Photo Of The Day

Usagi the Porcupine ! haha..

4 out 1 in


 

Eh, binatang apakah disebelah Usagi itu ?

 

Tikuskah atau kambingkah ? Mari kita lihat …

 

( maaf jika bahasa ini mengganggu anda )

 

 

 

 

Rupanya arnab lagi daa…

 

Baik, merujuk tajuk di atas, kucingku 4 ekor telah ‘pergi’ dan kali ni kami membawa masuk seekor lagi arnab. Walaupun jenis lain dari Usagi ( nama arnab putih tu ), tapi tetap comel !

 

Biodata time !

 

Nama gelaran : Junior

Umur : 2 bulan

Tempat Lahir : Taman Arnab, Shah Alam

Makanan kegemaran : Lobak merah, rumput, kotak, selotep, apa sahaja yang sedap

Best friend : Usagi

Pekerjaan : Part time runner, professional .

Hobi : Berlari ke  sana ke mari. Tido beralaskan perut Usagi. Makan. Melompat-lompat.

 

 

Begitulah sedikit sebanyak mengenai arnab Junior ni.  Beliau memang agak kecik dari Usagi mungkin sebab umur dia takpun sebab dia ni memang kecik. Tapi Junior memang suka berlari-lari. Laju pulak tu. Kalau Usagi, jangan harap! Tido je kerja dia. Bukti :

 

maaf gambar tidak begitu jelas. Yang putih putih tu la Usagi tengah tido.

 

Menurut wikipedia, sejenis ensiklopedia percuma, Junior ni jenis Chinchilla rabbit. Saya main agak saja. Gambar tu macam sama dengan Junior je. Tapi takde pulak dekat wikipedia tu tulis arnab jenis ni suka lompat lompat. Terlebih gula kot Junior ni…

 

 

 

Nak tunjuk macam mana rupa Junior dari pandangan atas, tapi takde gambar pulak. Lebih kurang gini la ghupe Junior dari atas ye..

 

Masa tengah kasi arnab2 ni makan, Cass dengan OK mesti nak sibuk sibuk jugak. Bukti !

 

Wahai Cass, jangan lihat dirimu sebagai seekor arnab…

 

 

tak mo ler…

 

Har har har.. begitulah ceritanya.. Sungguh bosan ^_^

 

 

p/s : Cass sedang sakit. Baru balik klinik. Dah satu minggu kena tahan dekat klinik. Sian dia. wuuu T.T