Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada semua. Okeh, hari ni nak cerita pasal megkasikan kucing. Bukan nak kasi kucing dekat orang tapi memandulkan kucing. Inilah sebabnya tuan klinik haritu salah paham. Bukan nak kasi kucing kat die. har har har
Hari Isnin lepas ( 21 Februari 2011 ) OK dan Cass telah dibawa ke sebuah klinik di Puchong untuk di’Spay’ kan. Spaying ni menyebabkan kucing ni tak dapat bunting lagi atau lepas ni dah tak ada generasi untuk dia. Kesiannya T.T
Selain tu jugak, proses ni akan menyebabkan kucing jantan tak kencing kat dinding lagi dah. InsyaAllah tak kencing merata lagi dah. Ade jugak orang kata yang Spaying ni akan membuatkan kucing jadi gemuk. Tah la. Tak reti nak bezakan sebab si Cass ni memang dah gemuk pon. haha
Jom tengok apa pandangan si Cass dan OK selepas pembedahan ini..
saya paham perasaan anda OK. Misai pon dah makin panjang dan meng’curl’kan diri. haha
Perut OK yang siap dibedah dan dijahit. Ouch. Sakitnya .. Bulu takde, kulit berlipa lipat ..
Ape pula pandangan Cass Gemok ?
Mari lihat.
Cass berubah dari seekor kucing yang manja dan lembut kepada semakin sopan dan semakin ‘lembut’.
*Maaf. Gambar pembedahan Cass tiada kerana tempatnya terlalu ‘strategik’. Sila bayangkan sahaja*
Kami bawa si Cass dan OK ni ke klinik hari Isnin. Cass dah boleh bawak balik hari Selasa petang tu. Mula-mula balik tu, dia pening sangat sangat. Doktor tak kasi dia makan lagi sebab takut dia muntah. Bila dia keluar dari sangkar, jalan macam kucing mabuk minum todi. haha. catwalk habis ! Last last, bawak masuk dalam sangkar dia balik. Takut tergolek tengah jalan, kang tak pasal pasal jadi karpet yang macam dekat Ikea harga RM 200 tu. haha
Tak tau ape Doktor tu buat, sampai hitam ‘punggung’ Cass. Macam kena bakar je. Kesian tau. Bulu yang lebat macam semak samun tu pun Doktor tu cukur sampai botak macam padang pasir. Doktor tu mesti pakai ubat cukur yang macam ni :
Ok tak nampak sangat perubahan dia. Masih gatal seperti biasa. Sekarang ni pun tengah panggil Abang Eksotik tu. Miaw miaw miaw..
Kesian Cass, kepondan‘hensem’an nya tidak dilayan…
Kami pergi dekat klinik swasta je sebab kalau dekat klinik kerajaan harga dia lebih kurang je lepas tu lambat pulak. Dekat klinik yang kitorang pergi tu dia charge RM 100 untuk kucing jantan dan RM 150 untuk kucing betina.
Kepada sesiapa yang suka sangat nak bela kucing, tapi tak suka kalau kucing tu kencing merata-rata atau tak nak dia beranak pinak sampai 100 ekor dalam setahun tu, eloklah pergi kasikan kucing tu. Lagipun boleh elakkan dari kita pergi buang kucing tu. Kesian kat dia ( tiba tiba teringat dekat Abang Oren ).





2 Responses to Meng’kasi’ / Memandulkan / Spaying / Neutering / Castration Kucing
mia
Replied on: Mar 2, 2011, 8:03 pm
hohoho
mengapakah misai bergulung ok tu berada diatas hidungnya?
hehe
Madihah
Replied on: Mar 2, 2011, 8:32 pm
hehe. sahaja je ^_^@: