Makanan Kucing Halal ?

.Assalamualaikum.

Pernah tak korang terfikir nak kasi kucing makan makanan yang halal? Mesti tak pernah kan? Sebab kucing memang sejenis haiwan yang makan apa apa je yang dia rasa boleh dimakan apatah lagi binatang-binatang macam tikus, cicak, belalang ( ni feveret si Cass dengan OK ) dan tak lupa juga kepada sang burung! Kadang-kadang ayam KFC pon diorang bawak balik rumah. Sah-sah la benda benda ni kita tak makan (kecuali ayam KFC tu ya ). Habis tu, kenapa nak cari makanan kucing halal, ye tak?

Mane boleh macam tu. Masa kita nak beri kucing kita makan, mesti ada tersentuh dengan makanan tu kan? Kalau tak sentuh secara direct pun, bekas-bekas makanan kucing tu kalau kita pegang pun dah jadi najis kalau basah. Susah kan?

Kalau si Cass dengan OK, diorang memang tak suka makan biskut kucing ‘berpoket’ yang biasa kitorang beli tu. Bila nampak je tuan die tuang biskut dalam pinggan die, terus lari entah ke mana. Tak pandang pon pinggan tu. Tau tau je. Kurang asam punya kucing.

Tapi bila ade ikan rebus ke, goreng ke, masak cili ke, mesti laju je mintak sambil gesel-geselkan badan die. High maintenance betul kekucing ni. Lagi satu, selalunya ikan kucing tu akan disimpan dalam peti sejuk dalam tupperware. Agaknya diorang rasa macam tupperware kat rumah ni semua ada isi ikan kot, jadi bila ada orang yang bukak tupperware je, mesti kekucing ni tengok dengan mata bulat bulat.

Sebab tu lah, makanan kucing yang halal ni diperkenalkan. Kita kena pastikan makanan yang kita beri dan pegang tu bukan dari sumber yang haram dan bukan najis yang berat apabila dipegang kerana jika tubuh kita ada najis, ibadah kita takkan diterima Allah swt.

halal cat food

Gambar kat atas ni antara makanan kucing yang dijamin halal kat pasaran sekarang. Produk ni asalnya dari UK ( jauh tau ). Tapi haritu ade nampak dekat Citivet ( Klinik haiwan ) ade jual. Kalau tak silap dalam RM 25++ lebih kurang macam paket whiskas yang besar je.

Tapi, masa tu tak pulak beli. Mungkin lain kali kalau pergi ke Citivet lagi, saya beli la lepastu boleh kasi review sikit. Dulu pon pernah tukar biskut kucing yang lain tapi kekucing ni tak nak makan. Gedik bebenor. Kalau boleh nak ikan goreng tiap-tiap hari. Lepas tu, kalau tak dapat makan, buat kacau dalam rumah. Baik betul kucing ni.

Kalau sesiapa yang nak cuba beli makanan kucing ni, boleh la beli dekat official website dia kat :

http://www.halalpetproducts.co.uk/

Rasanya, dekat pet shop malaysia ni dah ada kot. Cuma dekat pasar raya yang besar besar je belum ada ( kot? ). Kalau dah ada sesiapa yang dah beli makanan kucing ni, share share la sikit pasal tu, ya? ^_^

Cass tengah aim burung yang terbang.

Macam lah boleh tangkap. ( memang boleh pon ) O0O

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>