Sila tengok gambar budak Cass ni dulu.. ^_^
( Pembuka cerita ) =P
Beberapa bulan yang lepas, saya kakak saya ada beli satu buku tentang kucing. Tapi buku tu kurang menarik. Sebenarnya nak beli buku yang lain seumpamanya tapi disebabkan buku tu mahal sikit je, tak jadi beli. So, kami pun ambil lah buku yang murah sikit tu.
Dah beli dan try baca….
Sangat TAK menarik !
Rasa menyesal ambil buku yang murah tapi cerita tak best.
Minggu lepas tu, kakak saya dengan rasa tak puas hati pergi balik ke kedai buku tersebut dan dia beli jugak buku yang mahal sikit tu.
Nak tahu buku apa ? Sila scroll ke bawah …
Why Does My Cat Do That ? oleh Catherine Davidson .
Maaf Cass, kerana telah menggunakan belakang anda untuk letak buku >.< Nanti kita belanja makan tulang ikan…
Apa tengok tengok ? Kacau je…
Buku ini agak best dan menarik sebab kebanyakan ( hampir 80% ) soalan yang dikemukan terjadi dekat kucing-kucing saya sendiri. So, agak faham la apa yang dia ceritakan.
Dan yang paling best, soalan-soalan yang selama saya cari terjawab jugak !
Kepada sesiapa yang suka buku yang banyak gambar, boleh la beli buku ni sebab setiap page ada gambar kucing. Yang penting, comel !
Okay, nak bagi satu contoh soalan dalam buku ni, saya ambil keratan pendek je sebab kalau nak taip bukan main panjang lagi.
Why Does My Cat…
pull her food out of the bowl ?
Q …… soalan panjang lebar …..
A. …. Jawapan panjang lebar….
She’s just eating her food in the easiest, quickest way possible. Cat food often comes out of the can in a lump that is too big for her to manage. Pulling food on the floor makes it easier for her to bite it into smaller chunks. Try cutting her food up before you give it to her; that may be all it takes to get her to eat from the bowl.
A cat’s whiskers are sophisticated motion-detectors, and cats dislike having them bent or squshed. …….
BM translated :
Kucing hanya makan makanannya dengan cara yang senang dan sepantas yang mungkin. Makanan kucing sering diberi dari tin makanan dalam bentuk yang agak besar untuk mereka makan. Dengan membawa makanan tersebut ke lantai, ia menjadikannya lebih mudah untuk dimakan dalam saiz yang lebih kecil. Cuba potong makanan kucing kepada saiz yang lebih kecil sebelum diberi kepada mereka; mungkin itulah yang perlu dibuat supaya kucing makan di dalam pinggan mereka.
Misai kucing merupakan pengesan pergerakan yang sangat bagus, dan kucing tidak menyukainya apabila misai mereka dibengkokkan atau dipenyekkan.
Contoh bergambar :
Dari pinggan….
Ke lantai…
Nampak tak betapa degilnya si Cass ni ? Bila kucing ni dah keluarkan makanan dia dari pinggan, habis bersepah lantai tu, penuh dengan tulang-tulang. Memang dah banyak kali terpijak tulang ikan atas lantai. Lagi dahsyat kalau kekucing ni bawak makanan dia sampai kat ruang tamu. Habis melekit lantai tu.
Jadi, lepas ni kena lah potong makanan kucing tu kalau tak nak kasi dia keluarkan dari pinggan. ( Malas la pulakkan … ) Makan biskut Whiskas je lah wahai Cass dan OK ya ? haha. Nasib lah dapat tuan pemalas =P
Harga buku ni takde lah mahal sangat. Mahal dalam RM 10 je dari buku yang dibeli first tu. Harga buku ni ialah RM 35.80. Tapi kalau jadi member kat Popular, tolak 10%. Jadi RM 32.20. Dekat kedai buku lain tak tahu la berapa ringgit.
Tapi kalau dah malas nak pergi kedai buku, boleh beli dekat eBay. Harga lebih kurang je termasuk shipping. Tapi tu semua kat luar negara tapi boleh hantar international.
Rating untuk buku ni ialah….







