Bye Usagi

Assalamualaikum,

 

Minggu lepas, kami telah pergi ke rumah kawan mak cik saya di Putra Heights. Sebab apa ? Sebab nak beri kat tuan rumah tu arnab kami; Usagi si gemok.

 

Disebabkan Usagi suka makan apa apa benda sesuka hati beliau, maka dia pun kena la ‘halau’ dari rumah kami =(

 

Orang yang paling membantah ialah mestilah saya ! Sedih tau nak kasi Usagi ni kat orang lain. Mana la tau beliau tak akan mendapat layanan yang sepatutnya. haha

 

Tapi, sebelum beri Usagi ni kat kawan mak cik saya tu, Usagi ni dah kena hantar kat pet shop dekat dengan rumah kami ni. Mula-mula tuan kedai tu tak nak sebab Usagi dah besar sangat. Tapi akhirnya dia ambik jugak sebab kami bagi free je.

 

Lepas tu, kawan mak cik saya nak pulak Usagi ni. Jadi kami pun ambil la balik Usagi ni dari kedai tu. Nasib baik belum kena jual lagi. Masa dah ambil tu, atas badan Usagi penuh dengan tahi burung sebab tuan kedai tu letak sangkar burung atas sangkar arnab. Nasib nasib…

 

Nak tengok rumah baru Usagi ? …..

 

 

 

 Makin gemok la Usagi ni ye..

Kat dalam kolam tu ade kura-kura tau. Asyik tenggelam timbul je kura-kura tu. Mesti dia marah ade orang ganggu die tengah berenang. Tapi, bukan ke arnab dengan kura-kura ni musuh ketat? Dalam cerita Arnab dan Kura-kura tu. Kan kura-kura menang sebab arnab perasan die boleh lari laju? Nasib lah korang berdua. Cuba la berbaik-baik. haha.

Makin lama makin kurang ‘haiwan ternakan’ kat rumah ni. Mula-mula anak-anak OK, lepas tu budak oren, lepas tu Junior sekarang Usagi. Tinggal Cass dengan OK je la sekarang yang paling setia. muahahaha. Setia la sangat.

Ok, dah habis.

Sila Menjamu Mata Anda ~

Salam kepada semua. Maaf sangat sangat sebab tak update blog ni agak lama dah. Dan diriku telah memungkiri janji; untuk mengupload ‘ photo of the day’ tetiap hari. hehe.

 

 

So, disebabkan sudah lama tiada update, silalah menjamu mata kalian dengan gambar yang agak banyak ini. Model model semua comel comel dan pandai posing belaka. huhu ~

 

Tukang Posing : OK, Cass, Usagi, Junior

Tukang Ambil Gambar : Madihah

Lokasi : Taman Rumah

 


Cass memang ‘senonoh’ bila dia tidur.

 

Sesi meragut rumput

 

Akhirnya dapat jugak ambil gambar muka Junior. Macam ni la rupa Junior yang digembar gemburkan. Sama tak macam yang diberi sebelum ini? hehe

 

“Bulu saya banyak !” kata Usagi

 

Cet punya Junior. Punggung pulak yang dia kasi.

 

“Saya Chinchilla bukan Junior ! ” – Junior si Arnab

 

Jom tengok si OK dan Cass berposing pulak !

 

 

Sungguh blend-in dengan pasu bunga

 

Takmo layan tukang ambil gambar

 

Cass dan OK ketika di tahun 90-an .

 

” Cass, ooo Cass. Ape kau buat tu?” – OK

“Biak pi laa. Sibok je hang ni” – Cass

 

OK sedang merajuk dengan Cass

 

“Hampeh punya Cass gemok, lari dengan Abang Eksotik kang baru tau” – OK

 

“OK, jangan lah merajuk. Tak OK betul la” – Cass

“Buek, Tak nak kawan Cass” -OK

 

“Di manakah engkau Abang Eksotik di saat ini? ” – OK

 

” Hampeh betul Cass ni, orang tengah merajuk boleh pulak dia rileks rileks kat belakang tu” – OK

 

” Waaa.. T.T ” – OK

 

” Hidupku tenang tanpa OK ” – Cass

 

” Eh, Abang Eksotik lah. ” – OK & Cass


” Oh tidak, aku mesti menyorok dalam daun-daun ni. Eeee, takotnye dengan Abang Eksotik ” – Cass

 

“Nak ter’poop’ la pulak time ni. Habis la kalau Abang Eksotik nampak. Malunyee” – OK

 

” Tanah ni tak sesuai la untuk ‘ poopin ‘ ” – OK’

 

” Abang Eksotik tak datang pon, sengal betul ” – OK

 

” Alangkah amannya dunia ni tanpa Abang Eksotik ” – Cass

 

 

Dialog adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meniggal dunia =)

 

Selamat Malam !

 

 

 

 

4 out 1 in


 

Eh, binatang apakah disebelah Usagi itu ?

 

Tikuskah atau kambingkah ? Mari kita lihat …

 

( maaf jika bahasa ini mengganggu anda )

 

 

 

 

Rupanya arnab lagi daa…

 

Baik, merujuk tajuk di atas, kucingku 4 ekor telah ‘pergi’ dan kali ni kami membawa masuk seekor lagi arnab. Walaupun jenis lain dari Usagi ( nama arnab putih tu ), tapi tetap comel !

 

Biodata time !

 

Nama gelaran : Junior

Umur : 2 bulan

Tempat Lahir : Taman Arnab, Shah Alam

Makanan kegemaran : Lobak merah, rumput, kotak, selotep, apa sahaja yang sedap

Best friend : Usagi

Pekerjaan : Part time runner, professional .

Hobi : Berlari ke  sana ke mari. Tido beralaskan perut Usagi. Makan. Melompat-lompat.

 

 

Begitulah sedikit sebanyak mengenai arnab Junior ni.  Beliau memang agak kecik dari Usagi mungkin sebab umur dia takpun sebab dia ni memang kecik. Tapi Junior memang suka berlari-lari. Laju pulak tu. Kalau Usagi, jangan harap! Tido je kerja dia. Bukti :

 

maaf gambar tidak begitu jelas. Yang putih putih tu la Usagi tengah tido.

 

Menurut wikipedia, sejenis ensiklopedia percuma, Junior ni jenis Chinchilla rabbit. Saya main agak saja. Gambar tu macam sama dengan Junior je. Tapi takde pulak dekat wikipedia tu tulis arnab jenis ni suka lompat lompat. Terlebih gula kot Junior ni…

 

 

 

Nak tunjuk macam mana rupa Junior dari pandangan atas, tapi takde gambar pulak. Lebih kurang gini la ghupe Junior dari atas ye..

 

Masa tengah kasi arnab2 ni makan, Cass dengan OK mesti nak sibuk sibuk jugak. Bukti !

 

Wahai Cass, jangan lihat dirimu sebagai seekor arnab…

 

 

tak mo ler…

 

Har har har.. begitulah ceritanya.. Sungguh bosan ^_^

 

 

p/s : Cass sedang sakit. Baru balik klinik. Dah satu minggu kena tahan dekat klinik. Sian dia. wuuu T.T

 

أرنب

Sebelum saya nak start entry ni, ada satu berita yang agak sedih berlaku. 3 hari lepas, Emon, Sam dan Dean mati ‘dibunuh’ oleh seekor kucing jantan yang entah mane datang. Cerita lanjut dalam post akan datang =)

Sekarang ni nak cerita  pasal seekor haiwan baru dalam rumah ni! Nama start dari huruf A. Teka teka !

Anjing? Mana boleh bela anjing. Najis.

Angsa? Tak pernah terpikir pun nak bela angsa.

Anak Itik? Ini bukan huruf A ya, harap maklum.

Ok ok, Semua salah. Jawapan yang betul ialah

….

ARNAB ! Ataupun Tokki dalam Korea ( maaf ya, demam korea menjelma kembali )

Jom tengok arnab yang masih fresh  ~~

Nama : Arnab,  Rabbit, Tokki, أرنب

Makanan Feveret : Lobak merah, tomato, rumput, semua jenis sayur ditelannya. Tapi petai tak pernah try lagi.

Harap maaf, gambar di atas kurang menyenangkan. Yang bulat2 tu bahan buangan arnab tu ya.

Telinga saya panjang dan sangat lembut ! =P

Bulu Arnab ni sangat lembut bak kapas.

Lobak merah makanan feveretku! Nak lagi, nak lagi!

Omnomnom..

Arnab ni datang dari Besut. Pak cik yang ternak. Ada seekor arnab tu tersangat lah besar, dah macam kanggaroo. Ok, tipu je. Tapi memang besar. Kecomelan arnab ni mengalahkan si Cass tau.

Tapi kalau bab membuang air, arnab ni memang terer. Dalam diam, tiba tiba ade air kuning kat atas lantai. Tak ada signal langsung. Kalau kucing ade la jugak menggali gali tanah tapi arnab ni straight to the point ok. Kalau tahi dia lagi la banyak ( Sila rujuk gambar pertama ). Kalau buang air besar pun sama je. Tiba2 dah penuh lantai tu.

Walaupun dia buang air besar banyak, tapi tak busuk pun. Pelik jugak, sebab semua orang kata tahi dia busuk. Tapi, tak pun ? Mungkin jenis lain kot.

Hidung Arnab ni selalu macam menghidu hidu sesuatu. Comel sangat ! Telinga dia pun sangat lembut. Bulu dia pulak sangat tebal! Badan dia kecik je sebenarnya. Kalau tak silap, pak cik saya kata ni arnab jenis cotton. Dah macam jenis kain la pulak arnab ni..

Ni first time bela arnab, selama ni asyik bela kucing dengan hamster je. Tapi yang paling banyak, kucing la. Harap harap arnab ni dapat hidup lama la sebab kitorang semua tak ada experience jaga arnab.

Pak cik saya cakap, arnab ni orang buat sate. Aduh, terasa macam kejam pulak diorang yang makan arnab ni. Secomel comel arnab ni, boleh diorang buat sate? Macam makan Cass je. Tak sanggup ! >.<!

Mataku merah bak lobak merah~~ =P ( sengal )

Sempena Tahun Arnab, marilah kita membela seekor arnab. Ok? =D

Happy Chinese New Year ~

p/s : saya rindu Emon, Sam and Dean :(

Selamat Malam