Kucing Yang Lagi Comel Dari Cass ??

Assalamualaikum

Ya, betul tu. Walaupun Cass tu tak ada la comel mana, tapi bagi kami die la paling comel. Ya, betul.

Tapi lepas jumpa Maru, kucing dari Jepun yang lagi comel ni, Cass duduk kat tangga terbawah sekali kecomelannya.

Perkenalkan, Maru !

imej dari http://sisinmaru.blog17.fc2.com/ ( blog tuan Maru)

Comel kan ? comel kan? comel kan ?

Masa mula-mula saya tengok, tak habis habis puji si Maru ni comel. Geram sangat-sangat. Perangai Maru ni pun kelakar tapi comel.

Tak tau dah nak cakap ape pasal kucing yang comel macam si Maru ni, sila lah bukak channel Youtube si Maru ni dan tengok apa punya pesen si Maru ni boleh buat.

http://www.youtube.com/user/mugumogu?blend=1&ob=4

Tapi, OK pon boleh tahan kecomelan dia.. ( yeke ? )

Yang ni poyo sikit.

no komen

OK kerinting

p/s  :  Maru ni ada macam Cass sikit, kan ? ^_^

Kenapa OK macam ni?

Assalamualaikum


Ade tak sesiapa yang perasan yang OK dulu kurus keding dalam gambar awal-awal? Tak caye ? Cuba try check entry yang lama lama sikit. Punya lah sikit bulu dengan lemak si OK ni sampai macam tu sekali.

OK before and after eating.

Kalau nak tahu, kitorang selalu panggil OK ni burung takpun kera sebab bentuk badan OK masa dia kurus macam burung. Dekat leher die kurang bulu. Lepas tu kitorang panggil dia kera sebab warna die macam kera dan dia suka bertenggek dekat mana-mana tempat yang boleh.

Perangai dia pon dah semakin comel semenjak tu. suka tido atas katil dan kotak.

Mungkin masa tu OK baru nak membesar. Bulu baru nak memanjang. Biasanya kucing macam tu la. Kecik-kecik tak comel, bila dah besar baru comel dan manja. Ade jugak masa kecik comel lote, bila besar keding dan tak layan orang langsung…. macam cikusabi a.k.a. abang oren. =.=

So, mana satu lagi comel. OK kurus atau OK gemok ? ^_^

Makanan Kucing Halal ?

.Assalamualaikum.

Pernah tak korang terfikir nak kasi kucing makan makanan yang halal? Mesti tak pernah kan? Sebab kucing memang sejenis haiwan yang makan apa apa je yang dia rasa boleh dimakan apatah lagi binatang-binatang macam tikus, cicak, belalang ( ni feveret si Cass dengan OK ) dan tak lupa juga kepada sang burung! Kadang-kadang ayam KFC pon diorang bawak balik rumah. Sah-sah la benda benda ni kita tak makan (kecuali ayam KFC tu ya ). Habis tu, kenapa nak cari makanan kucing halal, ye tak?

Mane boleh macam tu. Masa kita nak beri kucing kita makan, mesti ada tersentuh dengan makanan tu kan? Kalau tak sentuh secara direct pun, bekas-bekas makanan kucing tu kalau kita pegang pun dah jadi najis kalau basah. Susah kan?

Kalau si Cass dengan OK, diorang memang tak suka makan biskut kucing ‘berpoket’ yang biasa kitorang beli tu. Bila nampak je tuan die tuang biskut dalam pinggan die, terus lari entah ke mana. Tak pandang pon pinggan tu. Tau tau je. Kurang asam punya kucing.

Tapi bila ade ikan rebus ke, goreng ke, masak cili ke, mesti laju je mintak sambil gesel-geselkan badan die. High maintenance betul kekucing ni. Lagi satu, selalunya ikan kucing tu akan disimpan dalam peti sejuk dalam tupperware. Agaknya diorang rasa macam tupperware kat rumah ni semua ada isi ikan kot, jadi bila ada orang yang bukak tupperware je, mesti kekucing ni tengok dengan mata bulat bulat.

Sebab tu lah, makanan kucing yang halal ni diperkenalkan. Kita kena pastikan makanan yang kita beri dan pegang tu bukan dari sumber yang haram dan bukan najis yang berat apabila dipegang kerana jika tubuh kita ada najis, ibadah kita takkan diterima Allah swt.

halal cat food

Gambar kat atas ni antara makanan kucing yang dijamin halal kat pasaran sekarang. Produk ni asalnya dari UK ( jauh tau ). Tapi haritu ade nampak dekat Citivet ( Klinik haiwan ) ade jual. Kalau tak silap dalam RM 25++ lebih kurang macam paket whiskas yang besar je.

Tapi, masa tu tak pulak beli. Mungkin lain kali kalau pergi ke Citivet lagi, saya beli la lepastu boleh kasi review sikit. Dulu pon pernah tukar biskut kucing yang lain tapi kekucing ni tak nak makan. Gedik bebenor. Kalau boleh nak ikan goreng tiap-tiap hari. Lepas tu, kalau tak dapat makan, buat kacau dalam rumah. Baik betul kucing ni.

Kalau sesiapa yang nak cuba beli makanan kucing ni, boleh la beli dekat official website dia kat :

http://www.halalpetproducts.co.uk/

Rasanya, dekat pet shop malaysia ni dah ada kot. Cuma dekat pasar raya yang besar besar je belum ada ( kot? ). Kalau dah ada sesiapa yang dah beli makanan kucing ni, share share la sikit pasal tu, ya? ^_^

Cass tengah aim burung yang terbang.

Macam lah boleh tangkap. ( memang boleh pon ) O0O

Bye Usagi

Assalamualaikum,

 

Minggu lepas, kami telah pergi ke rumah kawan mak cik saya di Putra Heights. Sebab apa ? Sebab nak beri kat tuan rumah tu arnab kami; Usagi si gemok.

 

Disebabkan Usagi suka makan apa apa benda sesuka hati beliau, maka dia pun kena la ‘halau’ dari rumah kami =(

 

Orang yang paling membantah ialah mestilah saya ! Sedih tau nak kasi Usagi ni kat orang lain. Mana la tau beliau tak akan mendapat layanan yang sepatutnya. haha

 

Tapi, sebelum beri Usagi ni kat kawan mak cik saya tu, Usagi ni dah kena hantar kat pet shop dekat dengan rumah kami ni. Mula-mula tuan kedai tu tak nak sebab Usagi dah besar sangat. Tapi akhirnya dia ambik jugak sebab kami bagi free je.

 

Lepas tu, kawan mak cik saya nak pulak Usagi ni. Jadi kami pun ambil la balik Usagi ni dari kedai tu. Nasib baik belum kena jual lagi. Masa dah ambil tu, atas badan Usagi penuh dengan tahi burung sebab tuan kedai tu letak sangkar burung atas sangkar arnab. Nasib nasib…

 

Nak tengok rumah baru Usagi ? …..

 

 

 

 Makin gemok la Usagi ni ye..

Kat dalam kolam tu ade kura-kura tau. Asyik tenggelam timbul je kura-kura tu. Mesti dia marah ade orang ganggu die tengah berenang. Tapi, bukan ke arnab dengan kura-kura ni musuh ketat? Dalam cerita Arnab dan Kura-kura tu. Kan kura-kura menang sebab arnab perasan die boleh lari laju? Nasib lah korang berdua. Cuba la berbaik-baik. haha.

Makin lama makin kurang ‘haiwan ternakan’ kat rumah ni. Mula-mula anak-anak OK, lepas tu budak oren, lepas tu Junior sekarang Usagi. Tinggal Cass dengan OK je la sekarang yang paling setia. muahahaha. Setia la sangat.

Ok, dah habis.

케스!

 

 OK, gambar kat atas ni tersangatlah kecik. Option untuk size gambar ni memang tak patut. Kalau kecik, kecik sangat. Kalau besar, besar sangat la pulak. Nasib lah siapa yang nak tengok gambar ni.. har har har…

p/s : Usagi dah diberikan kepada tuan yang lain. Rumah ni dah tak ada arnab lagi dah.

Ok, tu je …

-.-;

Sabo je la..

 

 

 

Ini Memang Cass

 Sekian.

Wordless Wednesday